PN dakwa penyebaran berita palsu semakin rancak

PN dakwa penyebaran berita palsu semakin rancak

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendakwa akan berlaku penyebaran berita palsu, fitnah, manipulasi fakta dan perang saraf yang semakin rancak menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai kandungan yang disebarkan oleh laskar siber sepanjang minggu terakhir kempen perlu diteliti dan disemak terlebih dahulu.

Beliau berkata, pengundi tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan berita yang telah diseleweng atau sengaja dicipta untuk membentuk persepsi tertentu.

“Menjelang hari mengundi, didapati semakin banyak berita palsu, berita berbaur fitnah, berita yang diseleweng serta perang saraf dilancarkan oleh laskar siber pelbagai pihak.

“Para pengundi diseru supaya berhati-hati dan menyemak segala berita yang muncul pada minggu terakhir kempen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Annuar berkata, terdapat pihak tertentu yang terpaksa menggerakkan seluruh kekuatan dan berbelanja besar berikutan kedudukan yang semakin terancam.

Katanya, kebangkitan suara rakyat juga cuba dikawal supaya selari dengan naratif pihak berkuasa.

“Justeru, para pengundi di seru istiqamah mendukung kesatuan ummah. Ini adalah masa kita pertahan kuasa kesepakatan rakyat. Jangan berpecah atau cuba dipecah-pecahkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN