PN-BN sasar menang lebih 20 kerusi

PN-BN sasar menang lebih 20 kerusi

SAIFUDDIN NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan lebih 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 

Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, angka itu berdasarkan sokongan pengundi termasuk sambutan menggalakkan setiap kali penganjuran program ceramah melibatkan kerjasama kedua-dua parti itu. 

Beliau berkata, ia termasuk penganjuran ceramah Mega Biru yang dianjurkan semalam sehingga merekodkan kehadiran lebih 3,000 orang sekali gus menandakan isyarat positif terhadap BN-PN. 

Sokongan yang kami terima di setiap program memberi keyakinan bahawa sasaran memenangi lebih 20 kerusi DUN mampu dicapai.

“Kuncinya adalah wasatiyyah iaitu moderat, kesederhanaan dan keseimbangan dalam serba-serbi kehidupan termasuk politik serta menentang segala bentuk ekstrimisme dan fanatisme,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk membentuk kerajaan negeri, mana-mana parti atau gabungan memerlukan majoriti mudah iaitu sekitar 19 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. 

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, tidak salah sesebuah parti memperjuangkan nasib dan kepentingan sesuatu kaum kerana ia merupakan fitrah serta lumrah dalam masyarakat majmuk.

“Itu perasaan semula jadi manusia, namun jangan sampai membenci kaum lain. Jika parti itu mewakili kaum majoriti, ia tidak boleh bersifat asabiyyah, mengamalkan fahaman supremasi, mendiskriminasi atau menindas kaum minoriti.

“Ini termasuk mengamalkan tirani majoriti, iaitu hanya kerana mempunyai bilangan yang lebih ramai, mereka merasakan boleh melakukan apa sahaja sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata, parti politik seharusnya bergerak dalam kerangka kehidupan bersama yang berteraskan budaya damai, meraikan kepelbagaian kaum, saling mengenali serta bekerjasama secara inklusif dan harmoni.

“Begitu juga jika parti itu mewakili kaum minoriti, ia tidak boleh terperangkap dengan mentaliti terkepung dan ketakutan atau mengamalkan anarki minoriti, iaitu bertindak melawan dan menentang tanpa alasan yang munasabah,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN