Pendaftaran pindah milik tanah sehari cecah 91.16%

Pendaftaran pindah milik tanah sehari cecah 91.16%

Arthur Joseph Kurup
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar pendaftaran perserahan pindah milik tanah dalam tempoh satu hari meningkat kepada 91.16 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 81.75 peratus pada tahun lalu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan transformasi digital dalam mempercepatkan urusan tanah selain mengurangkan kerenah birokrasi.

“Sebanyak 40,818 urusan pindah milik berjaya diselesaikan dalam tempoh satu hari.

“Ini membuktikan keupayaan pentadbir Tanah Negeri dan Wilayah Persekutuan dalam penggunaan sistem digital serta penyelarasan berterusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Kemuncak Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 Tahun 2026 di sini, hari ini.

Katanya, sejak diperkenalkan pada 2017, Sistem e-Tanah yang dilaksanakan di tujuh pentadbiran tanah negeri dan Wilayah Persekutuan berjaya memodenkan urusan tanah serta melonjakkan hasil negara.

Menurut beliau, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja merekodkan hasil melebihi RM3 bilion dalam tempoh lima tahun hasil pelaksanaan sistem berkenaan.

Arthur berkata, kerajaan akan terus memperkukuh pentadbiran tanah negara menerusi pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan daya saing negara.

Katanya, usaha memperkasa Sistem e-Tanah akan diteruskan sejajar aspirasi kerajaan untuk membangunkan sistem pentadbiran tanah yang moden, responsif dan berteraskan teknologi digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN