PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita yang membintangi drama polis terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
Pelakon wanita berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu.
“Saya sahkan dan ia masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN










