Pelakon perlu mendatangkan hasil, bukan yang kita kenal - Qi Razali - Utusan Malaysia

Pelakon perlu mendatangkan hasil, bukan yang kita kenal – Qi Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Qi Razali, 49, tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan sesebuah naskhah filem atau drama akan lebih berjaya sekiranya menggunakan khidmat pelakon dalam kalangan ‘kawan-kawan’.

Kata Qi, yang penting bukanlah dengan siapa kita bekerjasama, tetapi hasil kerja yang diberikan untuk naskhah itu.

“Saya kagumi Aghniny Haque dalam filem Khadam kerana dia bekerja dalam sebuah naskhah disebabkan skrip, bukan set penggambaran yang dipenuhi oleh kawan-kawan. Dia pernah kata perkara itu.

“Itu mesej yang penting, di mana pelakon yang diambil adalah mereka yang mendatangkan kebaikan dalam naskhah kita, bukan kerana kita kenal orang itu.

“Kita tidak boleh bekerja dengan kawan-kawan yang hasil kerjanya tak mencapai standard,” katanya ketika lawatan media ke set penggambaran drama Wish List di sini, semalam.

Qi Razali mengulas tentang pengambilan khidmat kenalan atau kroni dalam filem atau drama.

Dalam perkembangan lain, Qi memaklumkan dia tidak berjauhan dengan keluarga memandangkan baru menimang cahaya mata sulung yang masih kecil.

“Saya tidak akan ambil tawaran yang membabitkan penggambaran dua hingga tiga bulan di luar negara. Setakat dua hingga tiga hari saya tak ada masalah.

“Melainkan saya boleh bawa keluarga bersama dan perkara itu tidak mendatangkan beban kepada produksi.

“Sekiranya membebankan, saya terpaksa lepaskan. Saya bukan jenis pelakon yang mudah keluar masuk karakter, sekajap tengok anak, sekejap berlakon. Saya kena ambil masa untuk masuk karakter,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN