SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) kepada Tan Sri Dr. Rais Yatim berkuatkuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan.
Darjah SPNS membawa gelaran Datuk Seri Utama manakala DSNS membawa gelaran Datuk.
Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah mengurniakan darjah SPNS kepada Rais pada 2001 dan pada 1979 bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menerima darjah DSNS daripada baginda. – UTUSAN










