'Harimau Muncul di Padang Golf Bukit Unggul' berita palsu, bukan laporan Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

‘Harimau Muncul di Padang Golf Bukit Unggul’ berita palsu, bukan laporan Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keratan akhbar bertajuk ‘Harimau Muncul di Padang Golf Bukit Unggul, Pemain Cemas Permainan Dihentikan Serta-Merta’ yang menggunakan nama Utusan Malaysia merupakan berita palsu dan tidak pernah diterbitkan akhbar ini.

Utusan Malaysia turut menafikan penglibatan wartawan yang namanya tertera dalam laporan berkenaan.

Utusan Malaysia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama akhbar ini untuk menyebarkan berita-berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN