Lebih 1,400 anak pokok ditanam dalam projek hutan anjuran Matrix Concepts

Lebih 1,400 anak pokok ditanam dalam projek hutan anjuran Matrix Concepts

SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian dalam Projek Hutan Matrix Miyawaki anjuran Matrix Concepts yang dilancarkan di Bandar Sri Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 1,478 anak pokok termasuk 300 spesis yang terancam akan ditanam dalam kempen Projek Hutan Matrix Miyawaki anjuran syarikat pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts).

Ia termasuk spesies asli ikonik seperti Chengal dan spesies yang jarang ditemui termasuk Merawan Kanching dan Keruing Kertas.

Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee berkata, projek di Sekolah Adcote Matrix di Bandar Sri Sendayan dekat sini itu bertujuan mewujudkan hutan pemuliharaan hidup yang dikhaskan untuk melindungi spesies pokok asli Malaysia yang terancam dan hampir pupus.

Katanya, melalui kaedah Miyawaki, Matrix Concepts sedang memupuk kepelbagaian ekosistem hutan asli yang akan berfungsi sebagai bank benih masa depan untuk spesies pokok yang jarang ditemui dan terancam serta memelihara sumber genetik yang berharga untuk menyokong usaha pemuliharaan dan pemulihan hutan masa depan.

“Dengan banyak spesies hutan hujan asli menghadapi ancaman daripada kehilangan habitat dan populasi yang semakin berkurangan, usaha pemuliharaan di luar kawasan hutan tradisional menjadi semakin penting.

“Matrix Concepts berharap dapat menggalakkan kesedaran biodiversiti sambil memberi inspirasi kepada penghargaan yang lebih tinggi terhadap warisan semula jadi Malaysia dengan mewujudkan hutan pemuliharaan hidup ini dalam persekitaran pendidikan,” katanya selepas melancarkan Projek Hutan Matrix Miyawaki di sini semalam.

Beliau memberitahu, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia dan Joshua Rayan Communications dan Trigofarm Landscape dengan menggabungkan kepakaran dalam perhutanan, pemuliharaan, pendidikan dan pemulihan ekologi.

Katanya, seramai 163 pekerja Matrix Concepts dan pelajar Sekolah Adcote Matrix telah menyertai projek itu sebagai sukarelawan sekaligus mencerminkan komitmen bersama terhadap kemampanan dan mewujudkan hubungan yang lebih kukuh antara komuniti dan alam semula jadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN