KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ terlibat dalam nahas berhampiran susur keluar Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), awal pagi ini.
Kemalangan itu dikatakan mengakibatkan beberapa penunggang maut manakala belasan orang lagi cedera.
Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan jumlah sebenar mangsa terlibat dan maklumat lanjut kejadian daripada pihak berkuasa.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan Pahang.
Video kejadian itu turut tular dalam media sosial. – UTUSAN










