Keputusan kes Syed Saddiq: Hakim sedang baca penghakiman

Keputusan kes Syed Saddiq: Hakim sedang baca penghakiman

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman bagi mendengar keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasannya berhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya di sini, hari ini. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Panel hakim Mahkamah Persekutuan sedang membaca penghakiman membabitkan rayuan akhir kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan pecah amanah, salah guna dana Armada dan pengubahan wang haram.

Pada awal prosiding, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais memaklumkan, setiap hakim akan membaca ringkasan penghakiman masing-masing.

“Perlu diingatkan agar semua pihak mendengar keseluruhan penghakiman yang akan dibacakan oleh setiap hakim. Selepas setiap hakim selesai membaca penghakiman masing-masing, keputusan akan dibacakan,”kata hakim itu.

Turut bersidang dalam panel hakim terbabit ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Pada ketika ini Hakim Che Ruzima sedang membacakan penghakiman ringkasnya. Hakim Abu Bakar telah selesai nembaca penghakimannya sebentar tadi manakala Hakim Collin masih menunggu giliran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN