Keluarga rayu bantuan kesan Mohd. Amin hilang sejak Jumaat

Keluarga rayu bantuan kesan Mohd. Amin hilang sejak Jumaat

AHLI keluarga Mohd. Amin Abdul Adil, 63, memohon bantuan orang ramai yang melihat warga emas terbabit untuk menghubungi mereka selepas tidak pulang ke rumah di Flat Sri Penara, Cheras sejak Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli keluarga Mohd. Amin Abdul Adil, 63, memohon bantuan orang ramai yang melihat warga emas terbabit untuk menghubungi mereka selepas tidak pulang ke rumah di Flat Sri Penara, Cheras sejak Jumaat lalu.

Anaknya dikenali Elvi berkata, bapanya keluar dari rumah kira-kira 5.30 petang memaklumkan mahu pergi surau berdekatan. 

Menurutnya, bapanya memakai baju kurta warna biru keluar rumah dengan bertongkat ke surau blok D Flat Sri Penara di sini. 

“Puas kami mencari namun tidak menemuinya sebelum laporan polis dibuat semalam di Cheras.

“Hari ini ibu saya hendak ke Masjid Sri Petaling untuk mencari ayah kerana dia sebelum ini seorang tabligh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Justeru, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung bapanya boleh menghubunginya di talian 017-601 3786.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Usaha mengesan mangsa sedang dijalankan,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN