Jenazah mangsa tikam di Korea dikebumikan malam ini

Jenazah mangsa tikam di Korea dikebumikan malam ini

ZULFAH Fadliani (kiri) dan suaminya, Ahmad Ros Abidin menunjukkan gambar Ahmad Shah di kediaman mereka di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Gombak, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses pengebumian jenazah rakyat Malaysia, Ahmad Shah Ahmad Ros, yang maut dalam insiden tikaman di Korea Selatan dijangka dilakukan malam ini.

Perkara itu disahkan oleh adik mangsa, Ain Sephia Ahmad Ros, 25, berkata,  jenazah Allahyarham berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada pukul 11 pagi ini.

Katanya, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beberapa urusan akan diselesaikan sebelum jenazah dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, untuk disolatkan.

“Jenazah baru berlepas dari lapangan terbang. Insya-Allah, selepas semua proses ketibaan selesai, jenazah akan terus dibawa untuk dikebumikan

“Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tasik Puteri selepas solat Isyak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad Shah dipercayai akibat ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan.

Mangsa seorang pekerja sektor perkilangan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, selepas cedera parah pada bahagian perut, akibat ditikam dengan pisau.

Beliau yang menetap di sana sejak 2019, datang ke lokasi kejadian pergaduhan itu bersama isterinya dari kediaman mereka, selepas rakannya yang juga rakyat Malaysia menghubunginya bagi mendapatkan pertolongan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN