Jenazah Allahyarham Ahmad Shah dijangka tiba petang esok

Jenazah Allahyarham Ahmad Shah dijangka tiba petang esok

ALLAHYARHAM Ahmad Shah, 26, yang maut dalam kejadian di Eumseong, Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenazah rakyat Malaysia,  Allahyarham Ahmad Shah, 26, yang maut ditikam ketika meleraikan pergaduhan di Korea Selatan dijangka tiba di tanah air petang esok.

Perkara itu disahkan adik mangsa, Ain Sephia Ahmad Ros, 25, memberitahu,  keluarganya baru dimaklumkan mengenai urusan membawa pulang jenazah Allahyarham.

Katanya, jenazah akan dibawa pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 11 pagi.

“Penerbangan itu dijangka tiba di Malaysia sekitar 5 petang esok.

“Sebaik tiba, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri (Rawang) untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tasik Puteri selepas solat Isyak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan, ahli keluarga Ahmad Shah terkejut dan tidak percaya selepas menerima berita mengenai kematiannya yang dipercayai akibat ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan.

Ahmad Shah, seorang pekerja sektor perkilangan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, selepas cedera parah pada bahagian perut, akibat ditikam dengan pisau.

Beliau yang menetap di sana sejak 2019, datang ke lokasi kejadian bersama isterinya dari kediaman mereka, selepas rakannya yang juga rakyat Malaysia menghubunginya bagi mendapatkan pertolongan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN