Jangan hambakan, kulikan isteri - Kmy Kmo - Utusan Malaysia

Jangan hambakan, kulikan isteri – Kmy Kmo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi rap, Kmy Kmo menasihatkan para suami tidak menghambakan isteri mereka.

Katanya, hal demikian kerana doa isteri mustajab dan menjadi asbab kepada turunnya rezeki yang melimpah ruah dari Allah S.W.T.

“Nanti dah kahwin, jangan hambakan isteri, jangan kulikan isteri, bimbing dan berkongsi ilmu.

”Belajar menjadi pendengar keluhan terbaik disisi dia. Makin bahagia isteri kita, makin lancar rezeki,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, pemilik nama sebenar Lukmanul Hakim berkata jodoh diturunkan Allah pada waktu yang tepat oleh itu tidak perlu terlalu mengejar perkahwinan.

“Paling menyesal bila terfikir kenapa tak kahwin awal dan kenapa jodoh datang lambat.

”Rupanya baru sedar jodoh yang terbaik memang Allah dah tetapkan khas untuk kita pada tarikh yang sangat tepat.

“Sebab selepas kahwin rezeki dan keberkatan bertambah banyak kerana doa dari hati seorang Isteri,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN