IWK jalin Kerjasama dengan pengusaha hotel di Langkawi lindungi pengurusan sisa air kumbahan

IWK jalin kerjasama dengan pengusaha hotel di Langkawi lindungi pengurusan sisa air kumbahan

(Dari kiri) Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohd Taufik Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Dato' Ahmad Faizal Abdul Rahman; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar Negeri Kedah Darul Aman, Dato Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dan Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kedah/Perlis, Eugene Dass bertukar dokumen kerjasama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan pengusaha hotel di Pulau Langkawi bagi kelestarian pengurusan lemak, minyak dan gris (FOG) serta pengurusan air sisa kumbahan di pusat pelancongan itu.

Jalinan kerjasama berkenaan telah dinyatakan dalam satu penyataan sokongan bersama antara IWK dan Persatuan Hotel Malaysia (Kedah dan Perlis) dengan memberi tumpuan kepada amalan kelestarian alam sekitar dan garis panduan pengurusan FOG, di samping memperkukuhkan kerjasama strategik antara IWK dengan pemain industri.

Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohd. Taufik Salleh berkata, berdasarkan rekod IWK, tahap penerimaan komuniti terhadap pengosongan tangki septik secara berkala masih rendah dengan kadar pematuhan kurang daripada 15 peratus.

Katanya, keadaan berkenaan amat membimbangkan kerana tangki septik yang tidak dikosongkan secara berkala berisiko mengalami kegagalan fungsi dan limpahan air sisa kumbahan.

“Akibatnya, air sisa kumbahan boleh mengalir ke sistem perparitan, seterusnya mencemarkan sungai dan kawasan perairan Pantai,” katanya dalam Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar di Pulau Langkawi

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamad Yusoff Zakaria.

Kira-kira 100 peserta terdiri daripada pengusaha hotel serta wakil agensi kerajaan termasuk Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dalam majlis berkenaan, IWK bersama SPAN juga melancarkan Ops Helang sebagai inisiatif memperkukuhkan pematuhan pengosongan tangki septik secara berkala, di samping meningkatkan kesedaran komuniti dan pengusaha hotel terhadap kepentingan pengurusan air sisa kumbahan yang berkesan.

Ops Helang yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 Julai ini, memberi fokus kepada pemeriksaan dan pemantauan pematuhan pengosongan Tangki Septik Individu yang melibatkan premis komersial dan domestik di seluruh Pulau Langkawi.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN