Hukuman lebih berat bagi penceroboh, pencuri aset kereta api

Hukuman lebih berat bagi penceroboh, pencuri aset kereta api

ANWAR Ibrahim melancarkan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam (LRT3) di Depoh LRT Johan Setia, Klang, Selangor baru-baru ini.-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan pencerobohan, vandalisme dan kecurian membabitkan aset kereta api bagi memperkukuh perlindungan terhadap infrastruktur pengangkutan awam negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pindaan undang-undang yang sedang diperhalusi itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada penghujung tahun ini.

“Banyak perkara perlu dipinda kerana undang-undang yang ada sekarang terlalu lemah.

“Bayangkan, menceroboh hukumannya RM500 sehingga RM1,000 sahaja. Pencurian kabel melibatkan isu keselamatan ini akan dikenakan penalti yang berat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung tindakan tegas terhadap aktiviti mencuri kabel kereta api dan jumlah insiden kecurian yang berlaku dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata, sebanyak 393 insiden kecurian kabel direkodkan dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan 19,756 meter kabel dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM16.3 juta.

“Pendekatan ini penting bagi memutuskan rantaian pasaran terhadap barangan curi dan mengurangkan insentif kepada pelaku jenayah,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan seperti pemasangan 1,146 unit sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pintar berasaskan kecerdasan buatan di lokasi berisiko tinggi oleh Railway Assets Corporation (RAC) dengan kos RM14 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN