Fathul Bari dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Fathul Bari dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM baharu

Ahli Lembaga Pengarah UiTM
FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau LPU berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.

UiTM dalam Facebooknya menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau bersama seorang lagi ahli LPU baharu dilantik, Datuk Mohd. Azmi Othman.

“Tahniah atas pelantikan ahli LPU UiTM. Seluruh warga UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua tokoh kepimpinan atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti berkuat kuasa 1 Julai.

“Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UiTM,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik, malam tadi.

Pada 30 Julai tahun lalu, Fathul Bari yang juga bekas Exco Pemuda UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dilantik sebagai Pengerusi UiTM Holdings Sdn. Bhd. iaitu sayap pelaburan universiti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN