Ernie Zakri enggan ukur album pada jumlah lagu, lagu terakhir paling penting - Utusan Malaysia

Ernie Zakri enggan ukur album pada jumlah lagu, lagu terakhir paling penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ernie Zakri, menegaskan bahawa jumlah lagu dalam sesebuah album bukannya pengukur kepada besar atau kecilnya usaha seseorang artis itu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata, apa yang lebih penting adalah impak lagu-lagu yang dipersembahkan kepada para pendengar dan peminat.

Menurutnya, setiap pembikinan album tetap memerlukan kerja keras dan pengorbanan daripada pasukan produksi, tidak kira berapa banyak lagu didalamnya.

“Besar atau kecil sesebuah album itu bukannya penentu kepada besarnya usaha di sebaliknya.

“Ada album yang mampu bercerita menerusi 15 buah lagu, namun ada juga yang cukup menyentuh hati hanya dengan enam lagu sahaja.

“Apa yang paling penting ialah apa yang tinggal dalam hati pendengar selepas lagu terakhir selesai dimainkan. Momen inilah yang sepatutnya kita raikan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Perkongsian Ernie menyuarakan perkara ini menunjukkan beliau lebih mengutamakan kualiti sesebuah lagu demi memuaskan hati para peminatnya.

Dalam pekermbangan lain, para peminat Ernie masih menantikan album ketiganya berjudul Sahabat.

Album tersebut belum dilancarkan kerana masih menunggu waktu yang betul-betul sesuai bagi memastikan kualiti karya tersebut berada pada tahap terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN