Diana Danielle enggan melayan respon peminat mengenai foto mesra - Utusan Malaysia

Diana Danielle enggan melayan respon peminat mengenai foto mesra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Diana Danielle, 34, enggan melayan respons negatif warganet yang memberi kecaman atas perkongsian foto mesra dirinya bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Bern.

Manurut Diana Danielle Danny Beeson, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengambil hati sekiranya terbaca komen mengenai perkara itu di media sosial dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya cuba untuk tidak membaca komen, cuba untuk menjalani kehidupan sendiri.

“Tentulah, ianya Thread saya dan adakalanya saya terpandang komen-komen orang.

“Tapi tidaklah saya mencari dan menyerap segala yang diperkatakan mengenai saya di media social,” katanya.

Diana berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Pelancaran dan Tayangan Trailer filem Terbang di Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Terdahulu pelakon filem Terbang itu diperkatakan angkara foto berkenaan.

Namun, Diana tetap mengambil setiap teguran dan nasihat yang diberikan kepadanya.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu angkuh.

“Saya ambil segala teguran dan cuba perbaiki diri setiap masa,” kongsinya.

Disoal jika ada perancangan untuk berumah tangga, Diana menafikan perkara itu.

Ibu dua cahaya mata itu dalam masa yang sama memohon media tidak bertanyakan berulang kali kepadanya mengenai perkahwinan.

“Tiada perkembangan, tidak buat masa ini.

“Saya mohon pihak media untuk tidak menekan-nekan saya mengenai hal ini.

“Saya pun telah berjanji, sekiranya ada perkembangan, saya sendiri akan bercerita.

“Jadi buat masa ini, tolong hentikan soalan-soalan berunsurkan peribadi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN