Beri kerusi kepada BN jika mahu kerjasama di Kelantan

Beri kerusi kepada BN jika mahu kerjasama di Kelantan

Pas perlu memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) di Kelantan sekiranya benar-benar mahu menjalin kerjasama politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Pas perlu memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) di Kelantan sekiranya benar-benar mahu menjalin kerjasama politik dengan gabungan itu di negeri ini.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Tong Kubang Bemban, Mazlan Idris berkata, sikap itu perlu diterjemah sepertimana parti itu memberikan 11 kerusi kepada Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini.

“Kerjasama antara Pas dan BN bukan sesuatu yang baharu kerana kedua-dua parti pernah bergabung menerusi Muafakat Nasional (MN) sebelum ini.

“Bagaimanapun, kerjasama itu berkecai sebelum kembali bertaut semula pada PRN Johor dan Negeri Sembilan. Sekiranya pimpinan BN memutuskan untuk bersama Pas, ia tidak menjadi masalah, namun biarlah dalam keadaan situasi ‘menang-menang’ kerana UMNO sudah banyak mengalah sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Banggol Chicha, Mohamad Arifin Mohamad turut mengalu-alukan kerjasama tersebut, namun mengingatkan BN supaya berhati-hati.

“Saya alu-alukan kerjasama ini demi orang Melayu dan Islam. Sudah lama BN menjadi pembangkang di Kelantan, sudah tiba masanya BN berbaik dengan Pas.

“Namun BN perlu berhati-hati kerana saya bimbang Pas tidak ikhlas dalam kerjasama ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN