Wawasan tidak sertai PRN Johor

Wawasan tidak sertai PRN Johor

HAMZAH Zainudin ketika tiba pada sidang akhbar di sebuah rumah di Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Cinta Malaysia (PCM) yang dikenali sebagai Parti Wawasan Negara mengumumkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Ham­zah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa pertimbangan.

“Di Johor ini adalah gelanggang pertama selepas PRN Sabah, maka saya sebagai Presiden yang baru, saya nak perhatikan supaya kita ambil tindakan yang paling baik. Jadi kita buat keputusan untuk tidak serta PRN Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, Wawasan tetap memberi sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding.

“Tidak sertai tidak bermakna tidak sokong mana-mana calon. Kita sokong barisan calon-calon yang layak untuk menguruskan negeri Johor pada masa akan datang,” katanya.

Hamzah turut memaklumkan Wawasan menyertai PRN Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut ketika ditanya adakah parti itu boleh bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamzah berkata, perkara itu turut dipertimbang dengan menilai tindakan parti tersebut.

“Sebab itu saya sedang melihat segala apa yang mereka nak ambil (tindakan), fikir saya sebagai seteru atau mereka nak fikir parti ini sebagai kawan mereka dalam PN, semua itu akan diambil kita,” katanya. 

Katanya, permohonan menukar nama parti kepada Parti Wawasan Negara telah dikemukakan kepada Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk kelulusan.

“Dalam perlembagaan, diberikan hak kepada ahli-ahli untuk membuat usul. Ini nama parti yang dibuat kehendak ahli-ahli parti adalah Parti Wawasan Negara, lulus sebelah suara.

“Katalah kita nak nama itu dan nama itu sama dengan nama orang lain, tetapi saya fikir nama itu sesuai dan tidak ada orang lain yang sama dengan nama itu (Parti Wawasan Negara),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×