Warga emas hilang ditemukan lemas

Warga emas hilang selepas bot karam ditemukan lemas

Warga emas lemas
PASUKAN bomba mengambil mayat seorang warga emas yang ditemukan oleh orang awam selepas bot dinaikinya karam dekat Sungai Selangor berhampiran Kampung Kuantan, Jalan Bestari Jaya di Kuala Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya karam pada Khamis lalu ditemukan lemas dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian itu dekat Sungai Selangor, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 73 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 8.30 pagi tadi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Penolong Pengarah Operasinya, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi pencarian pada hari ini diteruskan pada pukul 8 pagi tadi selepas usaha mengesan mangsa bersama Unit K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) semalam tidak memberikan sebarang penunjuk.

“Komander lapor mangsa djumpai oleh orang awam kira-kira 500 meter dari kawasan bot mangsa karam. Kerja-kerja mengangkat mangsa dijalankan oleh anggota bertugas,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jelas Ashrul Riezal, operasi SAR dilakukan oleh sepasukan empat termasuk anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dibantu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah bot.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang warga emas dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama seorang lelaki berusia 49 tahun merupakan anak angkatnya, karam berhampiran Kampung Kuantan, Jalan Bestari Jaya.

Kejadian berlaku ketika mereka dikatakan keluar memancing bersama-sama sebelum bot dinaiki karam, namun lelaki tersebut berjaya menyelamatkan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN