Wanita curi kabel melecur 70 peratus terkena renjatan

Wanita curi kabel melecur 70 peratus terkena renjatan

LOKASI seorang wanita melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di bilik pencawang TNB di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tindakan seorang wanita menceroboh bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Ria Jaya di sini dipercayai untuk mencuri kabel membawa padah apabila dia terkena renjatan elektrik, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan parah di muka dan badan akibat melecur sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa wanita itu cuba mencuri kabel di bilik pencawang berkenaan.

“Mangsa kini berada dalam keadaan kritikal selepas melecur kira-kira 70 peratus di bahagian muka dan badan selain dia ditidurkan,” katanya.

Kata Hanyan, pihaknya dalam proses mengesan waris wanita itu selain masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN