KUALA LUMPUR: Beberapa peruntukan enakmen pentadbiran agama Islam di tujuh buah negeri berhubung penukaran agama kanak-kanak secara unilateral (sama ada ibu atau bapa beragama Islam) masih kekal berkuat kuasa.
Ia selepas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Aliza Sulaiman (yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa guru tadika, M. Indira Gandhi dan 13 yang lain tidak mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk memulakan tindakan tersebut.
Mahkamah juga tidak memberikan sebarang perintah berhubung kos.
Selain Indira, turut menjadi plaintif ialah Pertubuhan Agamam Ani, bekas pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), S. Mohan dan Pengerusi Indira Gandhi Action Team (INGAT), D. Arumugam.
Individu-individu yang menjadi plaintif mendakwa mereka adalah mangsa kepada penukaran agama secara unilateral.
Mereka mencabar enakmen pantadbiran di Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan yang mana kerajaan negeri-negeri itu dinamakan sebagai defendan.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN










