KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakar sejarah baharu dalam landskap pertahanan negara menerusi pembangunan Birdie-X, iaitu sistem laser antidron pertama negara yang direka khas bagi menangani ancaman pesawat tanpa pemandu (UAS) yang semakin kompleks. Pencipta senjata tersebut, Leftenan Kolonel Hairul Zaimy Ibrahim berkata, pembangunan sistem berteknologi tinggi itu tercetus daripada keperluan operasi semasa ekoran penggunaan dron yang semakin meluas dalam konflik moden hari ini. Katanya, ancaman dron pada masa…










