TTMM2: Ammara tersingkir di separuh akhir - Utusan Malaysia

TTMM2: Ammara tersingkir di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Impian peserta Talk To My Manager Musim ke-2, Eira Syazira dan Ammara untuk melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu tidak kesampaian apabila dia tersingkir malam tadi.

Ammara yang membawakan lagu Intan Payung berada di kedudukan tercorot, diikuti, Adira dan Anggerik.

Eira yang menggantikan Azad Jasmin selaku pengurus memaklumkan dia bangga dengan pencapaian Ammara yang berjuang habis-habisan sehingga peringkat separuh akhir.

“Alhamdulillah, dia berjuang. Saya bangga dengan dia. Dia terima banyak kecaman, tetapi tetap abaikan kecaman itu dan terus melakukan yang terbaik setiap minggu.

“Nasihat saya kepada dia, tak apalah, ini cuma pertandingan. Saya tengok dia berhempas pulas membuktikan yang dia boleh menyanyi. Jadi, dia lebih positif,” katanya.

Tersingkir di peringkat separuh akhir, Ammara bagaimanapun masih mampu tersenyum apabila dilamar penyanyi popular, Mimifly.

“Mimi hubungi Azad untuk memaklumkan yang dia ada lagu untuk Ammara dan masuk studio selepas selesai bersama TTMM. Insya-Allah kita akan segerakan,” kongsinya.

Ammara dalam pada itu memaklumkan penyingkiran itu bukanlah pengakhiran sebaliknya, permulaan kerjayanya sebagai anak seni.

“Saya baru saya faham perasaan bergelar anak seni. Ini hanyalah permulaan, saya akan sambung belajar seperti biasa dan rakam lagu,” kongsinya.

TTMM2 yang memasuki pusingan akhir pada Ahad depan bakal menyaksikan lima peserta bersaing merebut gelaran juara.

Mereka yang menempah tiket ke final adalah Azeva dan pengurusnya Datuk A. Aida, Cik B dan Datuk Seri Vida, Husain dan Jamilul Hayat, Kim Khairii dan Safura serta Anggerik dan Adira.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN