'Tangan emas' Gill selamatkan Paraguay

‘Tangan emas’ Gill selamatkan Paraguay

ORLANDO Gill menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Paraguay menewaskan Jerman di aksi 32 terbaik, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FOXBOROUGH: Penjaga Gol Paraguay, Orlando Gill yang muncul wira ketika penentuan sepakan penalti semasa menyingkirkan Jerman menganggap kejayaan itu adalah detik yang membanggakan.

Jerman tersingkir daripada Piala Dunia di tangan Paraguay pada pusingan 32 terakhir selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti susulan keputusan seri 1-1 di Foxborough, awal pagi tadi.

Kekalahan itu juga menandakan kali pertama dalam sejarah Jerman tewas dalam penentuan sepakan penalti di pentas Piala Dunia.

Gill, muncul wira apabila menyelamatkan sepakan Havertz dan Nick Woltemade, walaupun rakan sepasukannya mensia-siakan dua peluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal.

Jose Canale akhirnya menyempurnakan sepakan penalti kemenangan selepas Tah melepaskan sepakan jauh melepasi palang.

Ia sekali lagi menyaksikan Jerman tersingkir lebih awal daripada jangkaan, dalam penampilan pertama mereka di peringkat kalah mati sejak menjuarai Piala Dunia 2014.

Bagi Paraguay pula, kemenangan itu boleh dianggap antara yang paling bersejarah dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia. Namun, mereka dijangka berdepan cabaran lebih sukar apabila berkemungkinan menentang Perancis pada pusingan seterusnya sekiranya Les Bleus menewaskan Sweden.

Gill menyifatkan kemenangan itu sebagai sesuatu yang amat membanggakan.

“Kami berjaya bertahan. Kami mendahului, mereka menyamakan kedudukan, tetapi kami terus bertahan. Kami telah membuat analisis terhadap setiap pemain dan setiap pengambil sepakan penalti mereka.

“Syukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti. Ini satu penghormatan kerana kami berjaya menyingkirkan pasukan juara dunia. Kemenangan ini saya dedikasikan kepada seluruh rakyat Paraguay,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN