Semua negeri dapat peruntukan tinggi kecuali Selangor, Pulau Pinang

Semua negeri dapat peruntukan tinggi kecuali Selangor, Pulau Pinang

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua negeri menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini kecuali Selangor dan Pulau Pinang.

Ini kerana dua buah negeri itu menyumbang hasil cukai lebih besar berbanding jumlah perbelanjaan Persekutuan yang disalurkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan kononnya terdapat negeri dianaktirikan atau dipinggirkan dalam agihan peruntukan Persekutuan adalah tidak berasas kerana pengagihan dibuat berdasarkan keperluan pembangunan serta kebajikan rakyat.

“Di Dewan Parlimen ini, ahli Parlimen sering membangkitkan isu ketidakadilan, kezaliman dibangkitkan beberapa ahli Parlimen seolah tidak diberikan pertimbangan.

“Semua negeri peroleh peruntukan yang lebih ketimbang sebelumnya dan juga ketimbang purata hasil cukai, melainkan Selangor dan Pulau Pinang kerana kebetulan kedudukan yang strategik mendapat hasil yang tinggi tetapi perbelanjaan peruntukan Persekutuan lebih kurang.

“Umpamanya, untuk purata hasil cukai Selangor tahun 2023 hingga 2025 adalah RM43.6 bilion ringgit. Yang dibelanjakan untuk Selangor pada waktu yang sama adalah RM15 bilion ringgit peruntukan kerajaan Persekutuan.

“Untuk Pulau Pinang, purata hasil yang diperoleh oleh kerajaan Persekutuan untuk 2023 hingga 2025 adalah RM10.7 bilion ringgit. Perbelanjaan adalah RM7.9 bilion ringgit. Ini tentunya bertentangan dengan dakwaan diberikan mengatakan peruntukan Pulau Pinang itu lebih,”,”katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Sri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang meminta kerajaan menyatakan penjelasan berhubung dakwaan peruntukan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri yang tidak adil dan tidak mencukupi.

Ia berbanding hasil yang dikutip serta usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menambah baik penyaluran peruntukan supaya memenuhi keperluan rakyat di setiap negeri.

Tambah Anwar, kerajaan memberikan beberapa tumpuan kepada negeri-negeri yang memerlukan perhatian khusus untuk memberi peruntukan.

“Baik tetapi saya berikan beberapa tumpuan kepada negeri-negeri yang memerlukan perhatian khusus, dan projek-projek seperti tebatan banjir yang tidak boleh dilengahkan, naik taraf lebuh raya atau jalan baru Pan Borneo, Sabah Sarawak, dan beberapa pusat penting seperti saliran air baru, atau persimpangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN