PETALING JAYA: Penyanyi, Azeva memohon maaf kepada ayahnya yang juga penyanyi, Ameng kerana belum menutup penuh auratnya.
Katanya, dia sedang perlahan-lahan menuju ke arah kebaikan lantas mengharapkan doa agar dipermudahkan segala urusan.
“Maaf kerana mengecewakan anda. Saya tahu tayang aurat itu salah dan saya bersyukur kerana mendapat teguran.
“Saya tengah cuba (tutup aurat). Siapa yang kenal saya sejak awal lagi nampak yang saya perlahan-lahan menutup aurat.
“Saya pun sudah membeli tudung, kadang-kadang padankan dengan jubah. Pakaian malam ini pun kalau boleh menutup aurat.nApa pun, saya mengharapkan doa anda,” katanya selepas konsert suku akhir Talk To My Manager Musim kedua, semalam.
Terdahulu Ameng menerusi siaran langsung di TikTok memaklumkan sudah menasihatkan anaknya agar menutup aurat namun tidak diendahkan.
Dalam pada itu, Azeva turut memaklumkan sudah menerima hidayah lebih-lebih ketika dimasukkan ke hospital akibat koma.
“Saya menjadi lebih rapat dengan Allah selepas melihat ibu saya terlantar di unit kecemasan (ICU).
“Dia kembalikan ibu saya dan banyak bagi rezeki dekat saya. Hubungan saya dengan pencipta semakin dekat,” kongsinya.- UTUSAN










