“Saya hanya fokus tugas” - PM

“Saya hanya fokus tugas” – PM

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan beliau bimbang mengenai pilihan raya yang bakal berlangsung, sambil menegaskan bahawa tumpuannya kekal kepada tugas mentadbir negara dan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Kenapa… adakah saya nampak risau? Saya hanya fokus kepada tugas saya. Masalahnya, ada sesetengah pihak tidak memikirkan perkara seperti ini.

“Mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di sini, hari ini.

Anwar menjawab soalan sama ada beliau bimbang dengan pilihan raya yang bakal diadakan dan sama ada ia mengganggu tumpuannya.

Ditanya sama ada pilihan raya negeri itu diadakan tanpa keperluan yang jelas, Anwar berkata, ia adalah keputusan pentadbiran negeri.

“Itu keputusan mereka. Kami mempunyai keutamaan sendiri. Kami fokus kepada kerja kami,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada Isnin lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor.

Pilihan raya negeri itu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kuat kuasa pembubaran.

Pada masa sama, spekulasi mengenai pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan semakin memanas susulan perkembangan terkini di negeri itu serta pembubaran DUN Johor.

Selain itu, DUN Melaka juga sudah hampir mencapai tempoh matangnya iaitu pada November ini dan turut dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN