Porsche rempuh lobi hotel gara-gara silap tekan pedal minyak

Porsche rempuh lobi hotel gara-gara silap tekan pedal minyak

KEADAAN lobi sebuah hotel yang dirempuh oleh sebuah kereta jenis Porsche di Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang. - GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Gara-gara tersilap menekan pedal minyak, sebuah kereta jenis Porsche yang dipandu oleh seorang wanita warga emas meluncur laju sebelum terbabas dan merempuh kawasan lobi sebuah hotel di Persiaran Gurney, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu berlaku ketika wanita tersebut yang juga seorang warga tempatan sedang bersiap-siap untuk pulang selepas melawat ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.05 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu wanita berusia 61 tahun itu dipercayai tersilap menekan pedal minyak ketika ingin menggerakkan kenderaannya sebelum kereta tersebut terbabas dan melanggar kawasan lobi hotel berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit dan anggaran kerugian ketika ini bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN