Permohonan UPKO sertai GRS diterima sebulat suara  

Permohonan UPKO sertai GRS diterima sebulat suara  

HAJIJI Noor semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS bertempat di SICC, Kota Kinabalu, Sabah.-UTUSAN/RAEESAH HANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Permohonan parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diterima secara sebulat suara oleh kepemimpinan gabungan politik terbabit yang berkuat kuasa bermula hari ini.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memperkukuhkan lagi gabungan parti tempatan selaras dengan perjuangan GRS yang berteraskan slogan Sabah United, Sabah First.

Katanya, penyertaan UPKO juga mampu memperkukuhkan kestabilan kerajaan negeri yang diterajui GRS ketika ini.

“Kami bersetuju sebulat suara untuk menerima UPKO sebagai ahli gabungan baharu GRS. Penerimaan ini sejajar dengan perjuangan GRS iaitu Sabah United, Sabah First  bagi memberi kekuatan kepada parti-parti gabungan tempatan. Kami juga mahu mengekalkan kestabilan kerajaan negeri yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar elepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, UPKO secara rasmi menjadi ahli GRS bermula hari ini dan keputusan berkenaan akan dimaklumkan kepada kepimpinan parti terbabit.

Katanya, semua parti komponen bersetuju dengan kemasukan UPKO kerana matlamat utama gabungan itu adalah untuk terus memperkukuhkan GRS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Semua pihak bersetuju kerana matlamat kita adalah untuk mengukuhkan GRS. Tiada sebarang kebimbangan atau isu berbangkit mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memperkemaskan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah.

Beliau juga menegaskan GRS akan menggunakan lambang gabungan tersebut pada pilihan raya akan datang dan semua parti komponen akan bertanding menggunakan logo GRS.

“Kita akan mencari calon yang boleh menang. GRS tetap GRS dan kita akan menggunakan logo GRS. Itulah ketetapannya,” katanya.

Sementara itu, mengulas sasaran kerusi untuk ditandingi, Hajiji memberi bayangan GRS bakal menyasarkan untuk bertanding di 26 kerusi Parlimen termasuk Labuan menjelang PRU akan  datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN