Penyeludup lari ke Thailand, tinggal burung lebih RM100,000

Penyeludup lari ke Thailand, tinggal burung lebih RM100,000

BURUNG eksotik yang diseludup dari Thailand dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Kak Nah, Tumpat, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup melarikan diri ke Thailand dengan menaiki bot selepas cubaan membawa masuk empat ekor burung eksotik bernilai lebih RM100,000 dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Kak Nah, sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 7 malam itu, suspek yang sedang leka memunggah beberapa sangkar masuk ke negara ini melarikan diri sejurus selepas menyedari kehadiran anggota PGA.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan ke atas sangkar yang ditinggalkan menemukan dua ekor burung spesies Blue dan Gold Macaw.

Katanya, turut ditemukan dua ekor burung dari spesies Blue Fronted Amazon yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Semua burung tersebut disyaki dibawa masuk tanpa permit sah sebelum dijual kepada pembeli di Malaysia. Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN