PETALING JAYA: Pelakon, Fatiya Latiff, 38, mengakui dirinya sebelum ini naif sehingga tidak tahu membezakan baik dan buruk.
Kata Fatiya atau Nur Fathia Abdul Latiff disebabkan itu dia melakukan banyak kesalahan yang menjadi pengajaran dalam hidupnya.
“Saya sebelum ini sangat naif, tidak tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Banyak kesalahan yang saya lakukan,” katanya menerusi Thread.
Pelakon yang dikenali menerus drama Ariana Ross itu bagaimanapun mengakui pengalaman mendewasakan dan mengajar tentang baik dan buruk.
“Dengan pengalaman, sekarang saya sudah boleh menilai mana yang boleh dan tidak.
“Diharapkan masa depan akan menjadi lebih cerah,” kongsinya lagi.
Perkongsian Fatiya mengundang reaksi netizen dengan rata-ratanya menulis kata-kata semangat di ruangan komen.
“Moga lebih baik. Kena sayang diri,” ujar netizen.










