KUALA LUMPUR: Aktiviti mendaki gunung dan bukit yang menjadi pilihan orang ramai khususnya pada hujung minggu kini dibayangi risiko kematian. Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebanyak 63 kematian direkodkan daripada 1,059 kes kemalangan melibatkan aktiviti pendakian di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2025. Selain itu, statistik bagi tempoh sama turut merekodkan 87 kes kecederaan. Sejak kebelakangan ini, negara digemparkan dengan berita kehilangan individu ketika melakukan aktiviti pendakian…










