Pas nafi halang parti lain sertai PN

Pas nafi halang parti lain sertai PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas menafikan menghalang kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertindak sedemikian.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersetuju dengan kemasukan parti-parti lain termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tetapi Bersatu mahu mereka berada dan menyokong di luar gabungan berkenaan.

“Itu tidak betul (halang parti lain sertai PN). Kita hendak kemukakan nama-nama, kita setuju tetapi Bersatu tidak setuju. Hendak suruh duduk di luar sahaja. Jadi penyokong dari luar,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Beliau ditanya dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bahawaBersatu tidak menghalang mana-mana parti lain daripada menyertai PN, seperti didakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tun Faisal dilaporkan berkata, Tuan Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi PN lebih mengetahui sebab Majlis Tertinggi (MT) PN sebelum ini bersetuju untuk mengadakan electoral pact bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, pemimpin Pas dalam mesyuarat MT PN sebelum ini didakwa tidak bersetuju untuk memberikan kerusi kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk ditandingi di negeri-negeri tertentu.

“Bukan pemimpin Bersatu yang kata jangan beri Pejuang bertanding di negeri kami kerana kerusi sudah penuh. Bukan juga pemimpin Bersatu yang menyuruh Pejuang bertanding di Selangor tetapi pemimpin Pas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN