Parti Orang Asli Malaysia pertama kali 'berentap', beri saingan DUN Endau

Parti Orang Asli Malaysia pertama kali ‘berentap’, beri saingan DUN Endau

JATI Awang (berbaju kuning) bersama penyokong sebaik selesai proses penamaan calon pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENDAU: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) buat pertama kali bertanding dalam sistem demokrasi di negara ini dengan menjadikan kurusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan ujian pertama. 

Calon ASLI, Jati Awang yang merupakan anak tempatan masyarakat Orang Asli di sini berkata, parti itu berhasrat membawa suara komuniti tersebut ke peringkat lebih tinggi terutama dalam barisan kepimpinan negeri ini. 

Beliau berkata, penyertaan parti itu juga bukan sekadar mencabar parti-parti sedia ada, tetapi menjadi platform memperjuangkan hak masyarakat Orang Asli dalam aspek pendidikan, pembangunan ekonomi, pemilikan tanah adat dan kemudahan asas.

“Fokus saya adalah memastikan pembangunan yang lebih seimbang, peluang pekerjaan kepada belia, serta penyelesaian isu-isu yang telah lama dihadapi penduduk Orang Asli terutama di kawasan Endau,”  katanya kepada Utusan Malaysia 

Beliau turut berharap kehadiran ASLI dalam PRN kali ini langkah baharu kepada penyertaan masyarakat Orang Asli dalam arena politik negara.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN