Orang Asli Kampung Simoi Baru jual durian RM1 sekilogram

Orang Asli Kampung Simoi Baru jual durian RM1 sekilogram

UNIMA Ajik menunjukkan durian kampung yang dijual pada harga RM1 sekilogram di Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: “Kami akan terus menjual durian kampung ini walaupun pada harga paling rendah kerana perlukan wang untuk belanja ke­perluan dapur.”

Demikian kata Norfini Ajik, penduduk Orang Asli Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini yang menjual durian pada harga RM1 sekilogram berikutan lambakan raja buah itu sejak durian kampung gugur minggu lalu.

Katanya, dia terkejut mengetahui lambakan buah durian bukan sahaja berlaku di kampungnya, malah melibatkan kawasan-kawasan lain selain sukar dipasarkan kerana wujud persaingan harga.

“Mahu tidak mahu kami menjual dengan harga RM1 sekilogram berbanding musim lalu antara RM5 hingga RM8 kerana perlukan wang untuk berbelanja barang keperluan dapur dan pengurusan kebajikan keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Norfini, sebanyak 20 batang pokok durian kampung yang ditanam sejak 30 tahun lebat buahnya berbanding musim sebelum ini yang banyak mendapat permintaan luar kerana tidak ada persaingan pasaran.

Sementara itu, pekebun durian, Unima Ajik berkata, mereka akan terus menjual buah durian kampung yang sedang rancak gugur kerana memerlukan pendapatan hasil jualan raja buah itu untuk keperluan keluarga.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×