Niat berpoligami untuk tumpang duit isteri-isteri
SOALAN
Saya mohon penjelasan, apakah hukumnya bagi lelaki yang mengamalkan poligami dengan niat boleh hidup dengan pendapatan isteri-isterinya?
Aklam
Semenyih
JAWAPAN
Niat yang tidak baik adalah satu perkara terlarang. Walaupun perkahwinan itu sah namun niat untuk menumpang duit isteri adalah tidak baik sedangkan suami perlu memberi nafkah kepada isteri-isterinya.
Bersihkan najis agar tidak berasa ragu
SOALAN
Bagaimana mengetahui sesuatu pakaian yang terkena najis dan cara membersihkannya dan bagaimana hendak tahu pakaian tersebut sudah suci daripada najis?
Kassim
Kluang, Johor
JAWAPAN
Pakaian yang terdapat najis sama ada wujud warna, bau atau rasa. Sekiranya ragu-ragu bolehlah membasuhnya terus agar tidak waswas. Najis yang lekat di pakaian perlu dibasuh. Begitu juga tempat-tempat untuk dilakukan ibadat solat perlu bersih.
Pantau kucing dalam rumah, elak najis
SOALAN
Jika memelihara kucing bagaimana hukumnya jika kita tidak mengetahui di mana kucing itu buang najis di dalam rumah? Bimbang terkena najis apabila solat. Apa nasihat ustaz dalam hal ini.
Qasih
Serdang
JAWAPAN
Pastikan kita tahu pergerakan kucing dan melatih haiwan tersebut membuang najis di tempat disediakan dan pada masa sama sentiasa membersihkan lantai rumah untuk tidak berasa
waswas.
Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










