Lelaki sorok 1,070 biji pil yaba dalam kereta dicekup

Lelaki sorok 1,070 biji pil yaba dalam kereta dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Taktik licik seorang lelaki menyorokkan 1,070 biji pil yaba dalam sebuah kereta terbongkar selepas ditahan polis semasa pemeriksaan jalan raya di Jalan Kampung Paloh Bukit Panau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, hasil pemeriksaan ke atas ke atas kereta jenis Perodua Axia itu telah menjumpai sebuah beg yang diletakkan di bahagian tempat kaki penumpang hadapan sebelah kiri mengandungi pil kuda.

Katanya, pemeriksaan turut menemukan satu bungkusan plastik lutsinar berisi air ketum sebanyak 500 mililiter di dalam kereta tersebut.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas didapati memiliki pil yaba dan air ketum,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, ses disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN