Lebih 200 rumah terjejas akibat ribut di Ipoh - Utusan Malaysia

Lebih 200 rumah terjejas akibat ribut di Ipoh

KEADAAN pokok yang tumbang akibat ribut di Anjung Bercham di Ipoh hari ini. - GAMBAR IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lebih 200 buah rumah terjejas akibat ribut yang melanda kawasan Anjung Bercham di sini hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, hujan lebat berterusan serta angin kencang selama satu jam 30 minit berlaku pada kira-kira pukul 5.20 petang.

Menurutnya, kawasan yang terjejas ialah Hala Tasek Timur 1 melibatkan 22 rumah, Lorong Bercham 19 sebanyak 22 rumah, Dataran Tasek Timur 6 anggaran 177 rumah, Lintasan Tasek Timur 1 dua buah rumah, Lintasan Tasek Timur 3 dua buah rumah, Hala Tasek Timur 34 sebanyak 10 rumah dan Laluan Tasek Timur 15 sebanyak lima rumah.

“Ketika ini cuaca masih hujan. Terdapat banyak tiang elektrik tumbang di kawasan perumahan dan jalan raya.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah bersiap sedia sekiranya ada keperluan dan Pegawai Daerah mengarahkan agensi berkaitan bersiap sedia sekiranya ada keperluan pembukaan PPS,” katanya.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memutuskan bekalan elektrik di lokasi kejadian buat sementara waktu manakala Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“APM dan MBI telah membuat pembersihan pokok tumbang di kawasan bencana,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN