KKM terima lebih 1,020 aduan pusat jagaan kesihatan tidak berdaftar

KKM terima lebih 1,020 aduan pusat jagaan kesihatan tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 1,020 aduan diterima berhubung perkhidmatan pusat jagaan kesihatan dijalankan di premis tidak berdaftar sejak 2021 sehingga kini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 320 serbuan telah dilakukan ke atas premis yang tidak berdaftar atau berlesen.

Katanya, 126 kertas siasatan telah dibuka dan 194 kes telah diberi amaran dan teguran selain 70 kes sedang atau telah dibawa untuk pendakwaan di mahkamah.

“Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan bahawa sebarang penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hendaklah dilaksanakan hanya di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586.

“Penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan di premis tidak berdaftar atau berlesen merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 586 dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 6 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KKM berkata, pihaknya telah merangka tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Kesihatan Negeri serta agensi penguatkuasaan berkaitan sebagai respon terhadap aduan yang diterima.

KKM menegaskan, aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] akan dilaksana dan dipertingkat secara berterusan melalui pendekatan pemantauan, siasatan termasuk pengintipan berasaskan aduan serta tindakan penguatkuasaan berfokus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN