PUTRAJAYA: Perkarangan Mahkamah Persekutuan di sini masih terkawal menjelang keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pagi ini.
Antara individu yang kelihatan hadir memberikan sokongan ialah abangnya, Syed Abdullah dan pelakon dan penyangu yang juga tunang Syed Saddiq, Bella Astillah.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun,
Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Syed Saddiq bakal dibebaskan daripada sabitan atau kekal menjalani hukuman penjara atas pertuduhan pecah amanah.
Sekiranya rayuan akhir yang difailkan oleh Syed Saddiq ditolak, beliau akan terus dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman selama tujuh tahun. – UTUSAN










