Kekerasan bukan lagi cara terbaik untuk didik anak - Rita Rudaini - Utusan Malaysia

Kekerasan bukan lagi cara terbaik untuk didik anak – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Rudaini menegaskan pendekatan secara kasar dan paksaan bukan lagi cara terbaik untuk mendidik atau menegur golongan remaja hari ini.

Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata, anak muda zaman sekarang lebih memerlukan bimbingan dan contoh teladan yang baik berbanding sikap ego daripada orang tua.

“Remaja hari ini bukan tidak boleh ditegur langsung oleh orang lain. Mereka cuma tidak lagi menerima teguran yang datang bersama ego, herdikan dan penghinaan.

“Ketegasan itu memang perlu dalam mendidik mereka. Bagaimanapun, rasa hormat antara satu sama lain tetap perlu ada,” katanya menerusi satu hantaran komen di Threads.

Rita berkata, tugas mendidik generasi muda pada masa kini bukan lagi masanya untuk menunjuk-nunjuk siapa yang paling garang atau paling tegas antara satu sama lain.

“Mendidik remaja hari ini bukan tentang siapa paling garang atau paling tegas. Anak-anak sebenarnya tidak memerlukan orang dewasa yang sentiasa mahu kelihatan betul.

“Mereka sebaliknya memerlukan orang dewasa yang boleh membimbing dan mendengar. Malah, mereka juga mahu kita menunjukkan contoh yang betul,” jelasnya.

Pelakon filem Mami Jarum itu turut menambah, pendekatan secara paksaan tidak lagi berkesan kerana ia hanya akan mencetuskan sifat memberontak dalam diri anak muda.

“Ramai remaja hari ini akan bertindak melawan semula apabila mereka dipaksa. Tetapi, mereka akan mendengar kata dengan baik apabila rasa diri mereka dihormati,” katanya.

Untuk rekod, Rita mempunyai dua orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Qaiseer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN