NARATHIWAT (THAILAND): Kastam Wilayah Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup 14 tan metrik daging sejuk beku dari negara jiran di tepi jalan di Mukim Khosit, Tak Bai, kelmarin.
Rampasan pukul 12 tengah malam itu membawa kepada rampasan berjumlah RM378,133.
Pengarah Bahagian Siasatan dan Penindasan Kastam Wilayah Narathiwat, Ekwut Na-ek berkata, semasa serbuan dilakukan pihaknya mendapati sebuah kenderaan yang diletakan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menemukan kira-kira 14,000 kilogram daging sejuk beku yang dibungkus dalam beg bertulisan asing.
“Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan dan kami menjalankan siasatan mengikut Akta Kastam B.E. 2560 (2017) kerana mengimport barang ke dalam kerajaan tanpa melalui prosedur kastam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Ekwut berkata, siasatan awal mendapati daging sejuk beku yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran sekitar Wilayah Narathiwat, Pattani dan Songkhla. –UTUSAN










