Isu babi: Bersama ada garis panduan, harap isu tidak berulang

Isu babi: Bersama ada garis panduan, harap isu tidak berulang

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengeluarkan garis panduan kepada kesemua 15 calon parti itu yang akan berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 ketika ini.

Pemimpinnya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, garis panduan berkenaan bertujuan memastikan insiden kenyataan sensitif seperti yang dibuat calon Bersama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Boo Wei Han berhubung isu penternakan babi tidak berulang.

“Saya datang ke sini dengan harapan perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Susah saya nak jawab nanti. Saya menulis panduan panjang lebar kepada calon dan penceramah, tentang cara menyampaikan ucapan.

“Ada yang perlu dan ada yang tidak perlu, apa mesej kita, apa yang kita katakan. Syukur dan Alhamdulillah saya melihat calon-calon kita berjaya menyampaikan ucapan mereka dengan baik,” katanya ketika berucap pada kempen Bersama yang diadakan di DUN Larkin, semalam.

Boo Wei Han ketika berkempen, kelmarin, mempertikaikan dasar berkaitan penternakan babi di Selangor yang menurutnya memberi kesan kepada penternak.

Dalam ucapannya, beliau mempersoalkan keperluan sekatan tersebut dengan alasan industri itu telah lama wujud dan tidak menimbulkan masalah kesihatan besar kepada masyarakat setempat.

“Saya hairan kenapa babi jadi isu sebab sudah 30 hingga 40 tahun orang bela babi. Ada orang mati ke tinggal sebelah kandang babi, ada orang kena penyakit ke. Saya harap isu ini boleh u-turn.

“Saya kesian kepada mereka. Seumur hidup, dua hingga tiga generasi mereka bela babi, tiba-tiba disuruh tutup semua,” katanya.

Sementara itu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu bagaimanapun memuji calon berkenaan kerana berani mengetengahkan isu-isu rakyat yang mungkin sensitif kepada sekumpulan pihak lain.

Beliau berkata calon-calon parti politik yang lebih besar mengambil keputusan untuk mengelak membawa isu-isu sensitif yang dibimbangi akan menjejaskan kempen mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN