Hormati sensitiviti keluarga- Fadhlina

Hormati sensitiviti keluarga- Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat perlu memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Negeri Sembilan semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejadian yang menimpa pelajar berkenaan sedang disiasat oleh pihak polis dan pihaknya memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan.

“Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada hari ini. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Semoga keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Terdahulu, Fadhlina dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad turut menziarah keluarga pelajar berkenaan di Hospital Rembau malam ini bagi memberikan sokongan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pelajar berkenaan yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sebuah sekolah menengah di sini pada pukul 10.48 pagi.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis meneruskan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan beberapa saksi serta laporan bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN