KUALA LUMPUR: Respon Pelakon, Elfira Loy terhadap perkongsian seorang netizen baru-baru ini mencuri tumpuan.
Elfira, 32, memaklumkan individu tersebut agar menghargai ciptaan Allah dan berbangga kerana memiliki kening yang unik.
“Dulu, saya pun macam ini. Tetapi saya abaikan sahaja sampai ia menjadi keunikan dan ikutan ramai.
“Jangan bersedih adik! Anda harus berbangga dengan apa yang Allah sudah ciptakan,” katanya dalam Thread.
Terdahulu seorang pengguna laman sosial berkenaan menceritakan pengalaman berdepan individu yang malu dengan bentuk keningnya lalu mencukurnya.
Jelas Elfira, kepercayaan kepada diri sendiri adalah perkara yang paling hebat dan mampu menghalang seseorang daripada terkesan dengan kata-kata orang lain.
“Kalau diri kita sudah percaya cantik apa orang cakap pun sudah tak kisah,” kongsinya.-UTUSAN










