PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh akan menggunakan platform ASEAN untuk terus berinteraksi dengan Myanmar bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya di kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus berusaha mencari penyelesaian terhadap nasib pelarian berkenaan. “Sudah tentu, melalui usaha bersama, kita akan terus berusaha mencari penyelesaian terhadap nasib pelarian Rohingya di Bangladesh dan juga di Malaysia. “Melalui peranan baik Kementerian Luar serta mekanisme ASEAN, kita akan terus…










