EO Perbadanan Stadium mengaku tak salah minta, terima rasuah tender RM8.7 Juta

EO Perbadanan Stadium mengaku tak salah minta, terima rasuah tender RM8.7 Juta

ILIYAS Jamil yang didakwa atas tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah ketika diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tujuh pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan tender projek bernilai RM8.7 juta, Februari lalu.

Bagu pertuduhan pertama, tertuduh, Iliyas Jamil, 42, didakwa meminta suapan lebih RM1 juta daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk syarikat itu memenangi tender projek menaik taraf kemudahan sukan di Pusat Skuasy Nasional.

Selain itu, dia turut berdepan enam pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM450,000 daripada individu sama bagi tujuan serupa, iaitu sebagai upah membantu syarikat terbabit memperoleh tender berkenaan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia di sini dan sebuah restoran di Bukit Jalil antara 24 Februari dan 13 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN